Thursday, October 1, 2009

.:.RANCANGAN MENGAJAR.:.

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

KOMSAS : Puisi

Genre : Puisi Moden (Sajak)

Kelas : 5 Sains 1

Masa : 80 minit (11.50 – 1.10)

Tajuk : Sajak Jalan – Jalan Raya Kotaku

Bidang : Estetika dan Interpersonal

Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :

I. Menjelaskan maksud sajak – Jalan-Jalan Raya Kotaku

II. Menghuraikan empat pengajaran yang terkandung dalam sajak

III. Menerangkan empat aspek gaya bahasa sajak

IV. Memberikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak

V. Membina enam ayat penyata yang gramatis berdasarkan kosa kata yang diberi.

VI. Menjawab 3 soalan pemahaman

FU : 2.0, 2.1, 2.2, Aras 3(i)

FS : 10.0, 10.1, 10.2, 10.4, Aras 1(i), (ii)

Sistem Bahasa: Ayat penyata

Kosa kata: lewat senja, luka parah, menabur benih, sopan santun, banjir

kilat, para pesakit

Pengisian Kurikulum :

a) Ilmu : Kesusasteraan Melayu

b) Nilai Murni : Kerjasama, kesabaran

c) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kontekstual dan Kajian Masa

Depan

Langkah – Langkah Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Sajak Jalan – Jalan Raya Kotaku

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

SET INDUKSI

(5 minit)

Guru menunjukkan gambar kesesakan jalan raya di pancaran LCD.

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar tersebut

Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari ini.

Pancaran LCD

Langkah 1 (7 minit)

Guru mendeklamasikan sajak Jalan – Jalan Raya Kotaku.

Seorang pelajar diminta mendeklamasikan sajak tersebut dengan nada, gaya dan intonasi yang betul.

Senikata sajak dipancarkan melalui LCD.

Langkah 2

(8 minit)

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang maksud sajak baris demi baris dan maksud keseluruhan rangkap.


Langkah 3

(20 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.

Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran jawapan kepada setiap kumpulan.

Kumpulan I : Menghuraikan empat pengajaran

yang terkandung dalam sajak

Kumpulan II : Menerangkan empat aspek gaya

bahasa sajak.

Kumpulan III : Memberikan tiga persoalan

sajak.

Kumpulan IV : Membina enam ayat penyata

berdasarkan perkataan yang

diberi.

  1. Kad tugasan

Lampiran 2 (i),(ii),(iii)dan (iv) diedarkan dan dipancarkan melalui LCD.

  1. Kad Lembaran jawapan pelajar disediakan dalam bentuk transperansi

(Lampiran 3 i,ii,iii

dan iv)

Langkah 4

(20 minit)

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.

Guru meminta setiap kumpulan untuk melaporkan hasil perbincangan kumpulan.

Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi transperansi yang disediakan oleh guru.

Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Penggunaan OHP

Penilaian dan Pengukuhan Guru seperti Lampiran 4 (i),(ii),(iii) dan (iv).

Langkah 5

( 15 minit)

Penilaian

- Guru mengemukakan 3 soalan pemahaman

yang dipancarkan pada skrin.

- Pelajar menjawab soalan tersebut.

- Guru memancarkan jawapan pada skrin dan

pelajar menyemak jawapan secara

berpasangan.

Soalan penilaian

(Lampiran 5)

Jawapan soalan penilaian

(Lampiran 6)

Penutup

( 5 minit)

- Guru menjemput dua orang pelajar untuk

mendeklamasikan sajak tersebut.

- Pelajar dan guru membuat rumusan tentang

pelajaran pada hari ini.

- Tugasan Kerja Rumah:

Guru menayangkan tugasan – tugasan

pengayaan sebagai kerja rumah untuk

disiapkan.

Lampiran 7

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu KOMSAS Tingkatan Lima

Genre : Prosa Moden (Cerpen)

Kelas : 5 Sains 1

Masa : 80 minit

Tajuk : Cerpen Mariah

Bidang : Estetika dan Interpersonal

Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat ;

  1. Menyusun struktur plot berdasarkan petikan yang diberi.
  2. Menghuraikan empat perwatakan watak utama dalam cerpen.
  3. Menjelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
  4. Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
  5. Menjawab 3 soalan pemahaman berdasarkan cerpen Mariah dengan tepat.

FU : 2.0, 2.1, 2.2, 2.3, Aras (i)

10.0, 10.6, 10.4, Aras 2 (ii)

FS : Aras 1 (i) (ii)

Sistem Bahasa:

a) Tatabahasa :Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah

Pengisian Kurikulum:

  1. Ilmu : Kesusasteraan Melayu
  2. Nilai Murni : Simpati, kasih sayang, ketaatan
  3. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kecerdasan Pelbagai.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induk

(7 minit)

Guru mendeklamasi sajak ‘Cerita Seorang Gadis’ yang dipaparkan di pancaran LCD

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar tersebut.

Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari ini.

Pancaran LCD

Langkah 1

(8 minit)

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang sinopsis cerpen Mariah.


Langkah 2

(15 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.

Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran jawapan kepada setiap kumpulan.

Kumpulan 1 : Membincangkan binaan

struktur plot cerpen Mariah.

Kumpulan 2 : Menghuraikan empat

perwatakan Mariah.

Kumpulan 3 : Menjelaskan empat pengajaran

daripada cerpen.

Kumpulan 4 : Menukarkan ayat cakap ajuk

kepada ayat cakap pindah.

1. Kad tugasan (Lampiran 2

i,ii,iii dan iv) diedarkan

dan dipancarkan melalui

LCD.

2. Kad Lembaran jawapan

pelajar disediakan dalam

bentuk transperansi

(Lampiran 3 i,ii,iii dan iv)

Langkah 3

(27 minit)

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.

Guru meminta setiap ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan kumpulan.

Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi transperansi yang disediakan oleh guru,

Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Penggunaan OHP

Langkah 4

(17 minit)

Penilaian:

Guru mengemukakan 3 soalan penilaian berdasarkan petikan cerpen Mariah yang dipancarkan pada skrin.

Pelajar menjawab soalan – soalan tersebut.

Guru memancarkan jawapan pada skrin dan pelajar menyemak jawapan secara berpasangan.

Soalan penilaian(Lampiran 5)

Jawapan soalan penilaian

(Lampiran 6)

Langkah 5

( 6 minit)

Guru meminta seorang pelajar mendeklamasikan sajak’Cerita Seorang Gadis’dengan diiringi gesekan biola.

Pelajar dan guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

Tugasan/Kerja Rumah:

Guru menayangkan tugasan-tugasan pengayaan sebagai kerja rumah kepada semua pelajar.

Lampiran 7

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Rumusan Rencana

Tingkatan : 5 Sains 1/ 4 Sains 1/ 5 Vok1/ 5 Vok 2

Masa : 40 minit

Tajuk : Menulis Rumusan Rencana

Bidang : Interpersonal dan maklumat

Objektif : Pada akhir pelajaran;

  1. Pelajar dapat mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

  1. Pelajar dapat mengenal pasti pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

  1. Pelajar dapat menghasilkan rumusan lengkap tidak lebih daripada 120 patah perkataan mengikut format rumusan sepenuhnya.

FU : 7.0, 7.3, 7.4, 7.5 Aras 1(iv), Aras 2(i)

FS : 8.0, 8.2 Aras 2(i)

Sistem Bahasa : Ayat penyata, Intonasi

Pengisian Kurikulum :

a) Ilmu : Moral

b) Nilai Murni : Kerjasama, sopan santun

Kemahiran Bernilai Tambah : - Kemahiran berfikir, mencari maklumat

- kontekstual.

Langkah – Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Rumusan Rencana

Langkah

Aktiviti Pengajar dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Guru menayangkan VCD Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai murni nyanyian Siti Nurhaliza menerusi pancaran LCD.

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar.

Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari itu.

Pancaran LCD

Langkah 1

(5 minit)

Guru mengedarkan petikan rencana.

Pelajar diminta membaca senyap arahan soalan dan menganalisis soalan dengan mencari kata kunci soalan.

Guru dan murid bersoal jawab tentang kata kunci arahan soalan dan format rumusan.


Langkah 2

(5 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.

Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran jawapan kepada setiap kumpulan.

Kumpulan 1 : Membincangkan isi- isi tersurat perenggan 1

dan 2

Kumpulan 2 : Membincangkan isi – isi tersurat perenggan 3

dan 4

Kumpulan 3 : Menjelaskan isi – isi tersirat

Kumpulan 4 : Menerangkan pendahuluan dan membuat

kesimpulan rumusan


Langkah 3

(15 minit)

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.

Guru meminta setiap kumpulan untuk melaporkan hasil perbincangan kumpulan.

Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi transperansi yang disediakan oleh guru.

Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Penggunaan

OHP

Penutup

(5 minit )

Guru dan pelajar membuat rumusan tentang keseluruhan isi pengajaran.

Aktiviti pengayaan:

Pelajar diminta menjawab 3 soalan pemahaman yang dipancarkan menerusi pancaran LCD.



Wednesday, September 30, 2009

.:.PEGANGAN PARA GURU.:.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”


Misi KPM

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.


Matlamat

a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.



.:.PERMAINAN BAHASA 2.:.

Permainan 2

Nama permainan : Salah atau betul
Kemahiran : Mendengar dan memahamkan arahan
Objektif : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan
(ii) Memahami arahan mudah yang didengar
Kandungan : Ayat Penyata
Jenis aktiviti : Kelas
Kumpulan mengikut barisan
Prosedur Permainan :
i. Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas
Misalnya: Sekarang hujan lebat.
Hari ini hari Selasa.
Guru kelas ini seorang wanita.
Dua orang pelajar tidak hadir hari ini.
(Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi.
Sebaliknya,jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri)
ii. Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul
iii. Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang
seterusnya.
iv. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang.

.:.PERMAINAN BAHASA.:.


CONTOH PERMAINAN BAHASA

Permainan 1

Nama permainan : Maka berkatalah Simon
Kemahiran : Mendengar dan membezakan arahan
Objektif : (i) Melakukan arahan mudah yang didengar
(ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh
Kandungan : - Bahagian-bahagian tubuh
- Kosa kata: siku, kuku, jari hantu, jari manis, ibu jari, lutut,buku
lali,hidung, telinga, mulut, kepala, dahi, mata, kening
- Aspek bahasa:
berdiri, duduk
tunjukkan saya...
sila angkat...
tunjuk kepada...
pegang...anda
Jenis aktiviti : Kelas
Prosedur Permainan :

i. Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu
ii. Pelajar diterangkan peraturan permainan
iii. Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan “Simon berkata...”
Misalnya: “Simon berkata berdiri”
iv. Pelajar melakukan aksi yang disebutkan
v. Pelajar berdiam diri sebentar
vi. Guru kemudian berkata “duduk”
vii.Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan “Simon berkata...”
akan diketepikan daripada permainan.
viii.Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang.

.:.MARTABAT GURU.:.

Tema sambutan Hari Guru "Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan" mengandungi mesej yang amat mendalam yang sepatutnya menjadi satu penggerak untuk guru-guru meneliti dan mengkaji segala aspek berhubung profesion keguruan dalam satu ruang lingkup yang luas dan mendalam. Imej dan martabat guru dan keguruan telah banyak terhakis tidak patut menjadi sesuatu yang menghalang kaum guru daripada terus meningkatkan semula imej ini dengan melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab tugas seperti yang sewajarnya ke tahap yang paling maksimum terutama di dalam era 'globalisasi' dan dalam usaha kerajaan menjana prasarana dan ketrampilan pekerja-pekerja sektor perkhidmatan awam dalam K-ekonomi.

Walau apa pun sebab yang diberikan, kita kaum guru wajar menerima pandangan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Noor Azmi Ibrahim yang disebut sebagai berkata bahawa, imej profesion keguruan akan lebih sempurna apabila guru-guru mahir dalam perkara berkaitan kaedah pedagogi. Jika guru menguasai kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal maka ini akan membantu memartabat dan memulihkan imej profesion keguruan ini. Tambahnya lagi jika kaum guru berjaya menghayati tiga aspek ini, adalah tidak mustahil kaum guru akan menjadi kumpulan pemikir yang sentiasa menjadi rujukan masyarakat seperti satu masa dahulu.

Ketahuilah bahwa 'martabat guru dan keguruan' bukan terletak atau meminta pihak lain memberikan pengiktirafan sebaliknya guru sendirilah yang mesti berusaha ke arah itu. Sayangnya berapa ramai pula guru-guru yang tidak melambangkan ciri-ciri seorang guru yang unggul melalui 'gelagat' yang mereka sendiri lakukan: tidak memenuhi standard kualiti kerja, sikap keilmuan yang dangkal dan tidak memfokus kepada pengajaran dan pembelajaran. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle menyebut; "Kebanyakan sekolah mempunyai guru-guru yang cemerlang, setengahnya guru-guru 'mediocre', dan setengahnya pula mempunyai guru-guru yang tidak termasuk ke dalam profesion tersebut." Ertinya di samping terdapatnya guru-guru yang memang cemerlang namun sekolah-sekolah kita tetap mempunyai guru-guru bermasalah, guru-guru yang 'burnt-out', guru-guru yang 'sakit mental', dan paling memalukan terdapatnya segolongan guru-guru yang 'tidak boleh digelar guru' langsung dan seribu satu macam lagi. Apakah gejala-gejala negatif ini bukan penyebab kepada kemerosotan nilai dan imej kaum guru di mata masyarakat?

Pemujaan kepada 'materialistik' menyebabkan ramai guru melakukan 'kerja sampingan' (kadang-kadang sudah jadi utama) yang sudah diketahui umum. Masa di sekolah sudah tidak bertumpu kepada P&P lagi sebaliknya 'hati sentiasa teringat' akan 'kerja-kerja luar' yang menambah pendapatan walau pun kebajikan murid dikorbankan. Berapa ramai pula guru-guru yang nampak melebihkan masa dan tenaga untuk kelas-kelas 'tusyen' berbanding kelas rasminya di sekolah? Bagaimana pula sikap guru termasuk para pentadbirnya yang melebihkan 'main' daripada proses P&P; Ujian Bulanan tidak jadi keutamaan, boleh ditunda-tunda sesuka hati walau telah ditetapkan oleh Jabatan? Bagaimana pula kualiti kerja dalam menyediakan soalan-soalan nampak sangat melepaskan batuk ditangga, buat secara ala kadar sahaja membuktikan 'hati perut' sebenar seorang guru yang tidak 'malu' mempamerkan kerjanya yang tidak bermutu? Bagaimana pula tingkah-laku guru-guru kita ketika berada di sekolah sepanjang hari adakah benar-benar mengajar sepenuh hati? Atau adakah tidak berlakunya sindrom guru-guru yang 'busy by doing nothing'? yang pandai berlakon dan bersandiwara, yang menjadi 'jelatang' dan 'petualang', yang menjadi 'duri dalam daging' kepada sekolah dan organisasi? Dan paling berat ialah guru-guru yang dihinggapi penyakit 'hati' yakni malas, culas, cuai, ghaflah, resah, gelisah, suka berborak, lambat bertindak, buat kerja hendak tak hendak, banyak masanya habis di kantin, datang sentiasa lambat tapi baliknya selalu pula cepat, sentiasa cari peluang untuk 'tuang', dan bersikap semua peraturan dan undang-undang tidak betul kecuali dirinya seorang!

Adakah kita sebagai Guru Besar merelakan situasi seumpama ini berlaku dan terus berlaku di sekolah yang kita terajui dan tadbirkan? Oleh itu kita wajib membetulkan keadaan, 'mengubat penyakit' yang ada di sekolah kita masing-masing agar tidak ada lagi guru-guru (termasuk pekerja) yang tersasar dan 'sasau', agar sikap dan tingkah-laku kita semua sama-sama dapat mengangkat 'martabat profesion keguruan' ke tahap yang paling agung dan mulia.ٱ

Antara sifat dan gelagat

antara bijak dan bejat

bagaimana bisa mengangkat martabat dan darjat

guru dan keguruan dalam dunia tanpa sempadan

lautan ICT yang tidak bertepi K-ekonomi jadi dagangan

jika profesionalisme dan profesionaliti

tidak digarap dan tidak dihayati ke tahap tertinggi

tidak kira berapa umur kronologi

maka guru sebenar guru

ke sekolah ia tidak jemu

mengajar ia tidak lesu

meneladan ia tidak jeran