Monday, August 24, 2009

.:.INDAHNYA RAMADHAN.:.


~RAMADHAN AL-MUBARAK~

RAMAHAN menjengah lagi..
alhamdulilah kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup manisnya Ramadhan kali ini
rebutlah peluang yang ada dengan melakukan sebanyak mana amalan
sesungguhnya berlipat kali ganda pahala yang diperolehi..

semoga beroleh keberkatan di bulan yang penuh barakah ini

SALAM RAMADHAN


Monday, August 17, 2009

.:.RATUKU.:.


~RATUKU~


Ratuku...

Ingin kuluahkan apa yg sudah lama

Ingin kuluahkan

Tentang kebimbanganku tatkala melihat bunga-bunga berguguran

Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi benafsu serakah


Ratuku...

Kebimbanganku ini masih menebal apabila kudengar

Dengungan kumbang perosak

Yang cuba menyedut madumu

Walau tanpa relamu


Ratuku...

Kebimbanganku bertambah lagi

Bila kumelihat bunga yang tak segan silu

Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar

Melupakan kuntuman

Yang sebelum ini melindunginya


Ratuku...

Aku masih terpinga-pinga

Masih wujudkah lagi ratu idamanku

Kerna apa yang kulihat hari ini

Semakin banyak bunga-bunga gugur

Bagaikan tibanya musim luruh


Ratuku...

Bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa

Yang berlari-lari antara Safa dan Marwa

Bukan juga sesetia Ainul Mardiah

Menanti kekasih di pintu syurga


Ratuku...

Akuilah hakikat yang tersurat

Engkau bukanlah Siti Khadijah

Mahupun Siti Fatimah

Engkau bukan Aishah

Bukan juga Rabiatul Adawiyah

Wanita suci terpuji


Kerana...

Aku tidak layak sedemikian rupa

Cukuplah sekadar kau mencontohi bunga-bunga itu

Kembang mekar mewangi

Sehingga harumannya

Melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku...

Kadangkala musim berganti

Sehingga bunga

Tak dapat berkembang mekar

Tapi itu hanya ujian buatmu


Ratuku...

Esok musim bunga pasti akan tiba

Dan kau akan mampu berkembang lagi

Cuma yang kuharapkan ketika itu

Kau jaga kelopakmu itu

Jangan sampai tangan-tangan kasar

Memetikmu lagi

Jangan goda kumbang-kumbang ganas

Menghisap madumu

Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosak serimu

Kerana kau ratu idaman kalbu


Ratuku...

Aku bukanlah memandang kecantikanmu

Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya

Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku

Masih ada sinar harapan

Yang bisa membuatku tersenyum lega

Kerana akan kutemui

Ratu yang benar-benar ratu...




Sunday, August 16, 2009

~PEMBUKA KATA~


~IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN~

Assalamualaikum dan Salam Aspirasi buat semua sahabat...

Salam pertemuan di alam maya. Kita telah mengorak selangkah lagi dalam mengutip setitis daripada selautan ilmuNYA di bumi Ibu Kandung ini. Blog ini merupakan satu ruangan baru untuk kita sama-sama berkongsi bahan dan ilmu dalam kita meneruskan wadah perjuangan sebagai seorang bakal pendidik. Diharapkan semua sahabat akan mendapat input dan faedah yang dapat dimanfaatkan sebagai seorang bakal pendidik. Diharapkan IBU KANDUNG akan terus melahirkan ANAK-ANAK KANDUNG yang unggul dan berkerampilan dalam melestarikan perjuangan mendidik anak bangsa . Semoga semangat IBU KANDUNG akan terus subur dalam diri GURU-GURU kelahiran IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN.